Halaman

Showing posts with label Tips And Tricks. Show all posts
Showing posts with label Tips And Tricks. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Berhati-hatilah dengan VIRUS Facebook


Hello para facebookers. Hehehe. Hati-hati yee, saya baru dapat info dari SIKOM (Sekilas Info Komputer) Yaitu VIRUS Facebook !!

Jadi macam ni ceritenye. Jika di Wall Anda terdapat post thumbnail video bergambar berbentuk porn. Jangan gembire dulu dan jangan cobe-cobe mengkliknya. Kerana itu Virus Facebook. Usahakan untuk remove post tersebut dari wall anda.

Jika Anda tetap nak klik jugak, silakan dan bergembiralah dengan Virus. Kerana sekiranya anda klik post itu seolah-olah anda sedang menginstal Virus :)
Contoh gambar boleh dilihat di bawah ini :



Jadi kepada kawan-kawanku. Berhati-hatilah. :)


Saturday, February 19, 2011

Pass di Forum


Adakah anda pernah ketika googling untuk cari information penting, ehh tiba-tiba jumpa di forum yang belum kita tahu dan rupanya kena daftar dulu atau login biar boleh lihat informationnya?

Pasti anda merasa sangat malas kalau daftar di forum sedangkan anda cuma mahu ambil isi penting sahaja, bukankah begitu.?


Sebelum posting artikel ini tadi saya saje laa pusing-pusing cari ebook bertema HACK di DOTDOTDOT ehhh tiba-tiba benda lain pulak yang keluar. yang keluar benda post ni 'Pass Di Forum'.

Saya pun berpikir, nak download ke tak er benda nii (Pass di Forum). Kalu download, lepas ni boleh laa aku masuk forum-forum lain tanpe register. Hehe.

Jadi mase nii aku berfikir nak download ke tak.?? Huhu. Daripade buang mase mikir benda gini. Jadi aku download laa. Oops, dari tadi aku duk cerite jee orp.? Okey laa, direct to de point teruus.

Silakan pakcik2 dan makcik2 masuk disini  http://bugmenot.com

Step 1  :  Sila masukkan nama link forum di ruangan.
Step 2  :  Klik GET LOGINS
Step 3  :  Enjoy :D




Wednesday, February 2, 2011

Buang VIRUS Tanpa Menggunakan ANTIVIRUS!! Buka Fail Yang Tersembunyi !



Wah! Bolehkah buang VIRUS tanpa guna ANTIVIRUS ? Ramai tidak tahu perkara ini dan tidak sedar VIRUS semakin banyak di dalam komputer sendiri. Tidak tahu untuk mencari ANTIVIRUS yang paling baik untuk membuangVIRUS? Dengan langkah yang saya tunjuk ini, anda tidak perlukan ANTIVIRUS untuk membuang VIRUS di komputer anda. Percayalah ! Anda tak perlu jadi begini untuk membuang VIRUS dalam komputer anda.
Langkah 1 : Buka Pendrive anda dan lihat file di dalamnya. Pada mata biasa memang anda tak nampak fail VIRUS dalam pendrive anda. Namun, sebenarnya mungkin ada VIRUS dalam pendrive anda. Kadang-kadang kita buka Hidden Files pun susah nak nampak VIRUS yang tersembunyi.



Langkah 2 : Pergi ke butang Start – Run dan Taip CMD untuk membuka Command Prompt.


Langkah 3 : Ini adalah Command Prompt anda.


Langkah 4 : Buka My Computer anda dan perhatikan Drive yang tertera untuk pendrive anda. Dalam kes ini, pendrive saya berada di [Drive I].


Langkah 5 : Masukkan Drive anda tadi di Command Prompt seperti ini.



Langkah 6 : Kemudian, taip [dir] dan tekan [Enter] untuk melihat fail di dalam pendrive.



Langkah 7 : Perhatikan File yang tertera dalam Command Prompt mesti sama dengan keadaan di dalam pendrive di Langkah 1. Hanya 1 Folder yang muncul di dalam pendrive ini dan tidak mempunyai sebarang fail yang lain.



Langkah 8 : Kemudian, untuk membuka fail yang tersembunyi di dalam pendrive ini, masukkan arahan seperti ini :
attrib -s -h *.* /s /d.
Cara Menulis : attrib [jarak] -s [jarak] -h [jarak] *.* [jarak] /s [jarak] /d

Langkah 9 : Buka kembali pendrive anda dan perhatikan 2 File yang tersembunyi telah dibuka dengan mudah. Dalam kes ini, fail ini adalah fail VIRUS di mana terdapat [autorun.inf] dan Folder yang sama tetapi dalam bentuk application iaitu [Test.exe]. Jangan terkejut, saya bukan buat Magik..:)
Tapi, inilah realiti yang kebanyakan orang tak sedar kehadiran virus ini. Ini contoh VIRUS yang terdapat di dalam pendrive ini. Ada juga VIRUS lain yang mungkin ada di pendrive anda. Jika anda perasan, ada fail lain dalam pendrive anda yang anda ragu-ragu kehadirannya, jangan panik..cuma ikut sahaja langkah saya selepas ini atau jika anda tidak pasti fail itu adalah VIRUS atau tidak, anda boleh hubungi saya di www.facebook.com/aedcrew



Langkah 10 : Buka semula command prompt anda tadi dan taipkan [dir] sekali lagi. Perhatikan fail yang terdapat di dalam pendrive anda ini dan bandingkan dengan Langkah 7 tadi. Fail yang disenaraikan mesti sama yang anda lihat di dalam pendrive sebentar tadi.




Langkah 11 : Kemudian, cuma masukkan arahan [Delete] atau buang untuk membuang fail VIRUS ini dengan menulis seperti ini :
del [Nama Fail] /f .
Cara menulis : del [jarak] autorun.inf [jarak] /f
Contoh dalam pendrive ini saya buang fail [autorun.inf].



Langkah 12 : Dan akhir sekali anda lihat semula dalam pendrive anda. Fail [autorun.inf] telah dibuang secara automatik.




Anda juga boleh membuang fail VIRUS tadi secara manual di dalam pendrive anda setelah semua fail muncul. Kadang-kadang cara membuang secara automatik yang saya tunjukkan di atas tidak juga berkesan bergantung kepada kekuatan VIRUS itu. Sebagai contohnya, walaupun saya masukkan arahan membuang automatik di command prompt seperti di atas, tidak dapat juga membuang folder [Test.exe] yang terdapat di dalamnya. Jadi, untuk itu, saya terpaksa membuang secara manual dengan menekan [Delete] di keyboard. Sekurang-kurangnya, dengan teknik ini anda telah membuka fail yang tersembunyi di dalam pendrive tersebut dan senang untuk anda membuang VIRUS yang terdapat di dalamnya.
Nah, senang bukan ? Betulkan seperti apa yang saya cakap tadi, anda tidak perlukan ANTIVIRUS untuk membuang fail VIRUS tersebut. Anda juga boleh lakukan teknik ini di Drive yang lain seperti di [Local Disk C]dan [Local Disk D] anda.
Teknik ini juga boleh digunakan untuk membuka Fail yang tersembunyi di komputer anda. Jika anda baca artikel saya sebelum ini tentang Sembunyikan Folder Rahsia Anda. teknik ini juga dapat membuka semula Fail yang anda sembunyikan tanpa perlu buka di Hidden Menu…hehe. Biasala, orang cipta VIRUS, mesti ada penggodamnya. Jadi, saya sudah bagi tips untuk sembunyikan folder mesti ada cara membukanya dengan senang..hehe.
Hapuskan VIRUS dalam komputer anda! Amal dan sebar-sebarkan yer. Jika anda suka, jangan lupa klik “LIKE” yer.